top of page

FLIGHT CREW TRAINING CONSULTANT

Mengenai FATC

Kami adalah sebuah konsultan yang menyediakan perkhidmatan khas kepada yang ingin memenuhi impian di dunia penerbangan. 

Apa perbezaan akademi dan konsultan

Akademi adalah sebuat institusi yang menyediakan dan menyampaikan maklumat berpandukan teks malah setiap peserta wajib lulus dalam setiap ujian yang diberikan. Sebagai contoh: datang kelas duduk dengar, pahami dan latihan diberi sebelum peperiksaan menjelang. Jika didapati gagal, peserta wajib duduki semula peperiksaan dengan bayaran tambahan sehinggalah lulus.

Bagaimana pula dengan konsultan? kami memberi bimbingan berteraskan faktar dan juga berpandukan pengalaman yang wajib dikongsikan, bagi tujuan pemahaman yang jelas. Sehubungan itu, kami juga tidak mempraktikan sebarang bentuk ilmu yang tidak releven sepertimana yang dilakukan di akademi. Berkaitan dengan keberkesanan program kami, terbukti ramai dikalangan peserta 99% berubah dari segi fizikal, kematangan dan juga tahap disiplin yang boleh dijadikan contoh.

Selain daripada itu, bimbingan khas turut diatur kepada yang memerlukan, termasuklah bimbingan sebelum dan selepas temuduga dijalankan. 

Apa yang menarik dari FATC, kami sentiasa membuka ruang kepada peserta secara 24 jam. Apa yang cuba kami maksudkan disini adalah khidmat panggilan khas sebelum hadir temuduga. Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan khidmat kaunseling dan motivasi kepada peserta secara kumpulan mahupun individu sebagai sumber inspirasi secara PERCUMA.

Pantauan turut diatur bagi memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam aspek menempatan pekerjaan amnya.

Yang disukai ramai adalah sistem pengajian yang fleksible santai dan tiada tekanan.

Button
Keutamaan FATC

Menyediakan perkhidmatan secara fleksible dan berbaloi tanpa sebarang bebanan atau caj tersembuyi.

Mengapa harus murah?

Kami tidak mahu membebankan peserta membelanjakan kos yang terlalu mahal dan melibatkan persaingan.

Adakah yuran pengajian berbaloi?

Ya, kerna keutamaan kami adalah ingin membantu golongan muda mengecapi impian yang diidamkan.

Yuran yang ditetapkan ini, adalah untuk menampung kos seperti:

Pakaian seragam

Modul

Sijil pengajian

Kos dan tiket penerbangan

Pengajian simulator

Saloon rambut

Taylor pakaian

Kos upah tenaga pengajar

dan lain lain.

Setiap sesi pengajian mahupun penambahan subjek tidak sesekali membebankan. Sasaran kami adalah apa saja perubahan mahupun penambahan subjek kos yang ditetapkan tidak akan melebihi RM2100.00, itu adalah janji kami.

Untuk mendapatkan harga promosi bulanan, peserta boleh ikuti kami di laman facebook :FA TRAINING CONSULTANCY.

Keselamatan keutamaan kami

Ramai di kalangan peserta yang datangnya dari luar bandar. FATC juga mengutamakan keselamatan dan keselesaan peserta, di mana kami telah memilih: 

International Youth  Centre sebagai tempat pengajian yang bertaraf 5 bintang.

Kelengkapan yang menyeluuh:

Pakir kenderaan percuma

Reception 24 jam

Pegawai keselamatan 24 jam

Dewan pengajian

Kafetaria

Mesin ATM

Kedai serbaneka

Gym

Surau

Dobi pakaian

Bilik penginapan

Sistem Pengajian FATC

Mengenai sistem pengajian kami, amatlah berbeza dan bukannya berpandukan teks yang diajar. Keutamaan kami adalah memberi gambaran sebenar, dan bukannya teori. 

Mengenai pengalaman yang diperolehi di FATC, peserta diberi pendedahan secara langsung. Sebagai contoh:

-Memberi peluang berkomunikasi dengan orang luar.

-Memberi gambaran sebenar sistem pengendalian penerbangan.

-Merasai situasi sebenar dan tahap ketahanan seseorang.

-Memberi pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

-Menguji kecekapan peserta dalam semua aspek.

-Menilai tahap pencapaian seseorang sama ada mampu atau sebaliknya.

Apa yang anda inginkan semuanya lengkap:

Mock- up Penerbangan

Diajar secara langsung sepanjang penerbangan.

Sistem pengendalian pesawat

Dapat dilihat secara langsung dan mudah untuk di fahami

Pendedahan sistem cockpit 

Berpeluang mengendalikan pesawat Boeing 737-800

Latihan secara tidak langsung

Berpeluang membantu krew cabin sepanjang perjalanan

Mengenali mereka lebih dekat dan tahu apakah tanggungjawap mereka

Khidmat pelanggan

Berpeluang mempelajari bagaimana berkomunikasi dengan orang luar dan juga pekerja di syarikat penerbangan.

bottom of page